|
Ini merupakan Laman Web kami bagi bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di beberapa buah universitas di Indonesa seperti
Medan, Jakarta, Bandung, Jokjakarta dan bandar-bandar lain. Objektif laman web ini adalah semata-mata untuk merapatkan kembali
tali persahabatan yang mungkin sudah terputus karena kesibukan masing-masing melaksanakan profesion yang dijawat. Disamping
itu kami juga ingin mengumpul kembali anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah yang pada masa belajar dulu kami hanya
sebagai "single boy" atau "single girl".
Justru kami mengadakan perjumpaan sebulan sekali pada setiap hari Jumaat awal bulan selepas solat Isya' di rumah setiap
ahli yang berjumlah 9 orang secara bergilir-gilir. Perjumpaan inilah kami jadikan forum untuk bertanya khabar ahli-ahli dan
juga bukan ahli-ahli termasuk keluarga dan anak-anak ahli. Kami beranggapan dan berharap sumbangan kerdil kami ini akan berkati
Allah, InsyAllah.
|